Kamis, 14 Agustus 2008

Thibbun Nabawi

FAKTA KHASIAT DAN KEISTIMEWAAN KURMA
KESIHATAN

MEMBANTU MENCEGAH PENYAKIT KRONIK
Bersadarkan kajian Prof. Madya Asiah Mohamad Zain, Pensyarah fakulti Sains Pemakanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia,(UPM) menyatakan "dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti masalah jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah" (Berita Harian Selasa 20 Februari 2001)
MERANGSANG KESIHATAN WANITA HAMIL DAN MEMUDAHKAN BERSALIN
Prof madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan, meransang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

KECERDASAN DAN KECERGASAN
KECERDASAN MINDA DAN MEMBANTU PROSES TUMBESARAN
Menurut Pror Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses tumbesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

MEMBERI TENAGA SEGERA
Maksud fieman Allah SWT dalan Surah Maryam, ayat 25-26 :
"Dan goyanglah pohon kurma itu kearah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepada mu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu" Kurma mampu membekalkan tenaga yang pantas kedalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah SWT telah menyuruh Saidatina Mariam memakan buah kurma agar mendapat bekalan tenaga ketika ekan melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s. kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

KEPERIBADIAN
MEMBENTUK SIFAT PENYABAR, BERSOPAN SANTUN DAN CERDAS PEMIKIRAN
Maksud hads Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Islam mengajar kita mendidik anaksejak dari dalam kandungan ibu lagi agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk menhgikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

KEBERKATAN MENGAMBIL KEBERKATAN SEWAKTU KELAHIRAN
Diriwayatkan oleh Abu Musa r.a, katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW, lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya buah kurma."

MAKANAN YANG SEMPURNA
Maksud sabda Nabi SAW: "Rumah yang tiada kurma, nescaya penghuninya kelaparan" Dengan sebab itulah maka Prof Madya Asiah menyatakan lagi, "pengambilan buah kurma tidaklah sekadar pentingpada bulan puasa sahaja atau ketika seseorang itu hendak berbuka puasa sahaja, sebaliknya memakan buah kurma hendaklah dijadikan makanan harian."

MADU
Maksud Surah An-Nahl: Ayat 68-69:
Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesunguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

KISMIS
Dinyatakan di dalam kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud:
"Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut."

HABBATUSAUDA
Di dalam kitab sahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendegar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tetaplah kamu degan Al-Habbah Al-Sauda' ini kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati."

sumber: berbagai sumber

Tidak ada komentar: